Wednesday, December 31, 2014

PERGI

Bismillah :)


Pergilah 2014
Tahun yang menyimpan terlalu banyak kesedihan dalam hidup aku dan orang lain
Kesakitan dan kesedihan yang aku harap mampu mematangkan kita semua
Bermula dengan tahun pertama sebagai pelajar degree
Semangat yang ada kalanya seakan tiada langsung untuk menggarap ilmu
Cuti sem panjang beserta ujian yang aku rasa terlalu berat untuk diri ini

MH 370 lenyap tanpa berita
MH 17 pulang disambut dengan ribuan tangisan
Kesedihan yang berpanjangan
Tatkala aku sibuk dengan persiapan final exam
Aku turut menyaksikan insan yang aku sayang, terlantar tidak berdaya
Air mata menjadi peneman setia ketika itu
Saat 2014 mahu menutup tirai
Banjir pula melanda kebanyakan negeri
Pesawat QZ 8501, kau pula menyusul pergi

Ya Allah, redhakanlah hati kami dengan apa yang terjadi
Mungkin ini ujian yang berat bagi kami
Mungkin juga amaran  disebalik kesalahan yang terlalu banyak kami lakukan
Ampunkan kami, ya Allah
Semoga 2015 menjadi tahun yang lebih baik bagi kami semua

PERGILAH 2014, KAMI IZINKAN..




P/s: Al-Fatihah buat mangsa tragedi MH 370, MH17, QZ8501 dan juga keluarga yang terlibat dengan banjir di seluruh Malaysia.



Sunday, December 28, 2014

BILA TIBA

Bismillah :)

Ya Allah aku beristikharah dengan ilmuMu
Aku memohon kekuatan dengan kekuatanMu
Dan aku memohon keagungan kurniaanMu
Kerana Engkau berkuasa dan tidak pula aku
Engkau mengetahui juga tidak aku
Maha Mengetahui yang ghaib

Ya Allah jika ini baik bagiku
Agamaku dan kehidupanku
Juga natijahku selepas ini
maka tetapkanlah Engkau mudahkanlah
Dan berkatilah aku padanya

Ya Allah jika ini buruk bagiku
Agamaku dan kehidupanku
Juga natijahku selepas ini
Maka jauhkannya dariku
Juga jauhkan aku darinya

Tetapkan aku dengan kebaikan
Sebagaimana yang sepatutnya
Kau jadikan aku meredhainya